Pengambilan jus dapat mengimbangi kandungan kolesterol dalam badan

Orang Malaysia kebiasaannya menyambut hari raya selama sebulan. Di mana-mana ada sahaja pasti ada jemputan menghadiri rumah terbuka.

Sebut fasal rumah terbuka hari raya, tetam pasti dijamu dengan pelbagai juadah dan minuman berkolesterol tinggi seperti lemang, pulut, lontong, sate, rendang ayam, rendang daging, mi kari, mi goring, cendol ais batu campur dan banyak lagi.

Bayangkan selama sebulan ini, kita terpaksa menghadapi semua makanan yang enak tetapi tidak sihat dari segi kesihatan ini.

Ini boleh menyebabkan mereka yang kurus naik berat badan, manakala yang sedia sudah berisi berdepan dengan masalah peningkatan tekanan darah, tinggi kolesterol dan tinggi kandungan gula dalam darah.

Menyebut mengenai kolesterol, iaitu sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membrane, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.

Antara 80-90 peratus dari kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya itu diperoleh melalui diet.

Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutama kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuh oleh badan.

Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang peningkatan kolesterol.

Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutama dalam musim perayaan yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan seperti disebut diatas.

Untuk mengimbangi kelebihan kolesterol yang diambil sepanjang perayaan ini, anda kenalah mengambil lebih banyak jus buah-buahan dan sayuran seperti jus buah oren, belimbing dan jambu batu.

Jus sayuran yang baik untuk merendahkan kandungan kolesterol dalam darah pula ialah jus lobak merah, mentimun dan pegaga. Untuk rasa yang lebih sedap dan segar anda boleh membuat sendiri jus dirumah.

Bagi lebih berperisa, anda boleh menambahkan sedikit madu, perahan lemon dan gula batu pasti anda dan keluarga menggemarinya.

Ingat-ingatan ketika menghadiri jamuan hari raya atau rumah terbuka kerana makanan yang sedap dan enak biasanya tidak baik untuk kesihatan anda.

Makanan yang mengandungi minyak berlebihan, sajian berdaging berkacang boleh menyebabkan anda mengalami gastrik perut kerana gabungan minyak, daging dan kacang menyebabkan suasana berasid berlebihan di perut.

Mereka yang tiba-tiba terkena gastrik akibat makan tidak menentu, cubalh minum makanan atau minuman beralkali seperti jus mentimun dan lobak merah atau anda boleh mengambil spirulina untuk meneutralkan asid berlebihan dengan cepat.

Kepada penganjur rumah terbuka, eloklah sediakan menu makanan yang menyihatkan, banyakkan sajian buah-buahan dan sayuran serta salad untuk mengimbangi daging dan masakan berminyak yang lain yang turut membarisi hidangan.

Langkah terbaik merendahkan semula kolesterol dan tekanan darah anda ialah dengan menyambung puasa enam hari selepas berhari raya ini.

Petikan dari artikel Harian Metro 25 Mei 2010

Anda perasan tak pada artikel ini banyak menekankan minum Jus itu sebenarnya mampu mengimbangi kolesterol dalam badan juga dapat membantu mengurangkan gastric dalam perut. Anda sangat beruntung kerana menikmati jus MonaVie kerana ianya adalah seratus peratus buah-buahan dan masalah kolesterol, obesity, kencing manis, gastrik dan lain-lain lagi boleh diatasi kerana dari 19 jenis buah itu antaranya mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah penyakit iniJ, insyaAllah anda akan tersenyum setelah mendapati anda sesihat yang tidak anda sangkaJ

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in MonaVie Juice's Benefits. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s