Siapakah saya?

Muhammad Hafiz Bin Hussin

I am Muhammad Hafiz Bin Hussin

Nama saya ialah Muhammad Hafiz Bin Hussin dan saya merupakana anak sulung dalam ahli keluarga saya. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Saya berumur 20 tahun dan pada 29 Julai 2010 umur saya akan mencecah 21 tahun. Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor dan juga meneruskan pembelajaran di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh dalam jurusan Diploma in Multimedia.

Saya mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidup saya iaitu menjadi seorang CEO. Saya juga ingin menjadi seorang yang berjaya dalam hidup dan mengubah hidup saya kalau boleh dalam masa terdekat ini juga. Pengalaman saya setelah menyandang berbagai-bagai jawatan membuatkan saya semakin sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi pemimpin namun itu bukan halangan untuk saya dan harus bagi saya mencari ilmu dan pengalaman demi mencapai cita-cita saya.

Saya merupakan seorang yang suka mencari peluang untuk memajukan diri saya dan mencuba perkara-perkara yang boleh memberi manfaat pada diri saya. Saya juga suka menungggang motosikal dan menunggangnya untuk jarak yang jauh. Selain itu, saya suka membaca buku dan meraih ilmu-ilmu di dalamnya lebih-lebih lagi tentang perniagaan, agama dan personaliti diri. Pendekatan saya pada MonaVie ini telah membuka mata saya bahawa MonaVie ini bukan calang-calang produk. Saya telah mencuba dan saya merasa semakin cergas dan sakit belakang saya telah pun reda. alhamdullillah! Saya membuat blog ini agar saya dapat memberitahu dan membuka mata pada orang ramai betapa bagus produk ini dan betapa bagus peluang bisnes yang MonaVie tawarkan. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Salam perkenalan dari saya!

2 Responses to Siapakah saya?

  1. wan says:

    ada org menyatakan vemma lebih bagus drpd monavie berdasarkan kajian bebas..apa pandgn saudara?

  2. dune1989 says:

    salam en Wan,

    Vemma antara produk yang saya ingin mula sertai dahulu tapi saya tangguhkan niat saya sebab keadaan tidak mengizinkan. Saya ingin tahu kajian bebas itu adakah kajian setelah pengguna sudah mencuba produk tersebut atau kajian yang secara tidak rasmi dilaksanakan oleh badan-badan tertentu.

    Bagi saya, MonaVie ini adalah produk jus kesihatan yang dihasilkan melalui kajian yang dari syarikat MonaVie sendiri laksanakan pada buah-buahan di seluruh dunia. Dan hasil kajian tersebut maka mereka memilih 19 jenis buah dan palin utama Acai berry sebagai kandungan dalam jus tersebut. Nikmat dan rasanya sangat eksotik sebab ianya bagaikan kita minum 19 jenis buah sekaligus dan rasanya pun rasa pelbagai buah. Seperti kita tahu, buah-buahan ada khasiat dia tersendiri dan dari khasiat itulah yang mengizinkan setiap individu yang bermasalah pulih dari penyakit atau kesakitan mereka beransur pulih. Ada apa-apa lagi, En Wan? En Wan pengedar Vemma ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s