Kenapa Perlukan MonaVie?

Sebelum saya bercerita, saya nak senaraikan nutrien-nutrien yang ada dalam ramuan Jus MonaVie ini:-

  1. Vitamin
  2. Phytonutriens
  3. Serat diet
  4. Trace minerals
  5. Karbohidrat kompleks
  6. asid amino(protein) menyerupai profil telur
  7. Omega 3, 6, 9 (menyerupai minyak buah kurma)

Aha, anda tahukan nutrient di atas amat penting untuk tubuh badan kita, tapi ada satu lagi  perkara penting untuk anda tahu. Mari saya ambil suatu contoh yang paling mudah untuk kita fahami. Anda makan sebiji epal dan anda tinggalkan ia begitu sahaja dengan keadaan terbuka dan dalam keadaan suhu bilik. Ataupun anda potong sebiji epal dan biarkannya beberapa ketika. Anda perhatikan perubahannya itu.

epal oxidation

Proses pengoksidaan epal

Anda dapat lihat bahawa epal tersebut menjadi keperangan. Itulah dia proses PENGOKSIDAAN.

Apa pula proses pengoksidaan ini? Rasanya pernah dengar tapi di mana ya? Tapi jika saya kata ianya berlaku pada manusia dan anda harus mempercayainya. Kenapa? Manusia memerlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Samalah yang berlaku dalam enjin kereta iaitu untuk menghasilkan tenaga bagi menggerakan kenderaan tersebut ia memerlukan oksigen bagi pembakaran petrol. Ianya juga akan menghasilkan produk sampingan iaitu “Free Radical”.

Semasa kita aktif dalam melaksanakan tugasan harian lagi-lagi bersukan dan bekerja berat, sel-sel kita bekerja keras untuk menghasilkan tenaga. Penghasilan tenaga ini dinamakan proses Pengoksidaan dan proses ini akan menyebabkan berlakunya perubahan. Samalah juga pada buah epal itu di mana perubahan pada warna epal itu disebabkan proses pengoksidaan. Lambat laun setelah ia menjadi perang, ia akan menjadi kering dan mereput. Konsep ini sama juga pada diri manusia di mana jika berlakunya luka-luka pada permukaan jasad manusia, sel-sel yang rosak akan digantikan dengan sel-sel yang baru, kulit yang baru dan lantas meninggalkan parut.

Namun begitu, dalam proses tersebut terdapat 2% sel dalam badan kita mengalami kerosakkan. Sel yang rosak ini akan menjadi “free-radical” atau radikal bebas. Radikal bebas ini mampu membuat tindakan berantai yang merosakkan sel-sel badan manusia. Oleh kerana ia menyebabkan sel rosak, sel ini mengalami mutasi dan kekurangan oksigen dan ianya mula merampas oksigen dari sel-sel lain. Apabila ini berlaku, ianya telah merosakkan kebanyakkan sel-sel disekelilingnya lambat laun ianya menjadi sangat-sangat besar!

sukan

Bersukan antara aktiviti-aktiviti yang mampu menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dalam badan bagi menghasilkan tenaga

Radikal bebas yang tidak terkawal ini menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit berasaskan sel seperti kanser, sakit jantung, Alzheimer, Parkinson, sengal-sengal tulang, sakit sendi-sendi, strok dan mutasi DNA akibat gangguan daripada radikal bebas.

Diri kita ini sebenarnya selalu terdedah dengan bahan-bahan toksin dan bahan-bahan kimia di persekitaran kita. Penghasilan radikal bebas luaran termasuklah pencemaran udara, asap rokok, racun perosak, pemakanan yang berlemak tinggi dan telah diproses, begitu juga dengan marjerin, lelemak,minyak hydrogenated, bahan awet, daging, mentega, gula, tepung gandum putih, makanan goreng dan pewarna.

Manusia yang sering mengalami tekanan fizikal dan emosi juga boleh mengakibatkan peningkatan radikal bebas di dalam badan, selain itu sinaran dari matahari dan UV juga mampu menghasilkan radikal bebas.

Malangnya, lambakan radikal bebas ini mampu menjejaskan penghasilan anti-oksida di dalam badan sejurus menyebabkan badan perlahan-lahan sakit dan rosak angkara radikal bebas ini.

Bagi mengatasi masalah ini, kita hendaklah memakan makanan yang mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi. Makanan apakah itu? Itulah dia yang saya beritahu iaitu, buah-buahan, sayur-sayuran. Akan tetapi lebih beruntung orang yang mengamalkan minum jus MonaVie ini kerana mereka mendapat lebih dari anti-oksida dan juga mendapat nutrisi yang cukup untuk badan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s